Stafwebmail

 jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di info@delivertraverandtours.com

 

DOKUMEN PERMOHONAN VISA UMRAH

ksa

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh mereka untuk proses pengeluaran visa umrah supaya ianya tidak tergendala. Disediakan disini keperluan-keperluan tersebut untuk rujukan. Sila bertanya kepada pihak kami jika tidak berapa jelas tentang syarat-syarat tersebut. DOKUMEN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN VISA UMRAH

Syarat-syarat Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pemprosesan Visa Umrah

1. Passport antarabangsa, masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 (enam) helaian muka surat
2. Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135
3. 4 Keping Gambar berukuran 6 x 4cm, dan latar belakang bewarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki & bertudung gelap bagi wanita.
4. Pengesahan Mahram seperti berikut :-

Syarat-syarat dokumen

Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
Salinan sijil lahir kedua-duanya. (COP JPN & WISMA PUTRA)
‘Letter of Consent’ dari bapa kandung ATAU adik beradik lelaki kandung(jika bapa kandung sudah meninggal dunia) (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
Salinan kad pengenalan mualaf wanita, bapa kandung, dan adik beradik lelaki kandung (COP JPN)Jika bapa kandung meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)
Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA) 
Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)Salinan kad pengenalan.
Pemastautin Tetap (Permenent Residence) – Kad Pengenalan Asal dan Salinan Kad Pengenalan
Visa Pekerja (Employment Pass) -surat pengesahan majikan yang telah disahkan oleh Notary Awam (Public Notary) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
Visa Pelajar (Student Visa) – surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah yang disahkan oleh Notary Awam (Public Notary) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
Visa Keluarga (sosial Visa) -salinan sijil nikah /sijil lahir  yang disahkan oleh Kedutaan Negara Tersebut & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
Bagi pembantu rumah(Maid) – majikan perlu ikut serta.Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.
 
Nota :
1) Semua dokumen perlu diserah kepada shahid travel selewat-lewatnya 40 hari dari tarikh penerbangan.
2) Sekiranya jemaah gagal berbuat demikian, pihak shahid travel tidak akan bertanggungjawab dalam kelewatan pemprosesan visa umrah.
 

Deposit RM 1000.00 setiap seorang dan BAKI PEMBAYARAN perlu diserahkan SEBULAN SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.

Lesen Khas Umrah

lku

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU) secara rasmi berkuatkuasa ke atas semua agensi pelancongan yang menjual dan mengendalikan pakej Umrah Ziarah bermula 1 Oktober 2017. Pengenalan LKU merupakan satu inisiatif baru hasil permuafakatan di Majlis Kawal Selia Umrah, bertujuan untuk memperkemas dan mengatasi masalah semasa dalam industri dan masyarakat khususnya gejala penipuan pakej Umrah Ziarah. Antara syarat-syarat LKU adalah syarikat milik 100% warganegara Malaysia dan beragama Islam, mempunyai Perjanjian Muassasah atau Perjanjian Kerjasama dengan syarikat berstatus Muassasah.

Syarat-syarat lain yang turut dikuatkuasakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 adalah pelindungan Insurans Indemniti ke atas syarikat-syarikat pelancongan yang menjalankan aktiviti Outbound, bermula dengan Lesen Khas Umrah ini. Manakala kepentingan para jemaah umrah akan dilindungi di bawah Insurans Perlindungan Takaful yang diwajibkan ke atas setiap jemaah.

Kementerian juga telah memperkenalkan 3 transformasi sokongan kepada LKU ini dengan menerbitkan Buku Panduan Lesen Khas Umrah yang mengandungi semua maklumat berkaitan LKU. Ia boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian di www.motac.gov.my

Transformasi kedua adalah Kementerian membenarkan pelantikan Pegawai Pemasaran Umrah (PPU) oleh penggiat industri Umrah yang didaftar dengan Kementerian. Kemudahan pelantikan PPU bertujuan untuk mengatasi masalah agen penjualan pakej Umrah palsu.

PPU perlu berdaftar dengan Kementerian dan hanya kad pengenalan PPU yang dikeluarkan oleh Kementerian sahaja yang sah dan diperakui boleh menjalankan tugas mempromosikan pakej umrah milik syarikat kepada orang ramai.

Pihak Kementerian juga memperkenalkan satu sistem pemantauan bersepadu iaitu INTERGRATED MANASIK MONITORING SYSTEM (IMAMS). Sistem ini bermula dengan Projek Rinti yang akan melibatkan semua 25 penerima LKU yang telah diiktiraf dan syarikat-syarikat Muassasah yang lain.

http://umrahmksu.motac.gov.my/lesen-khas-umrah/lku

Terma dan Syarat

Jadual Keempat
(Subperenggan 6(l)(m)(ii))
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN
PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN
(PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DANPERNIAGAAN AGENSI PENGEMBARAAN) 1992
TERMA DAN SYARAT SERAGAM BAGI PAKEJ PELANCONGAN KE LUAR NEGERI

1.     Deposit Pelancongan
Deposit maksimum sebanyak 25% daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT) dan 21 hari bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.
     
2.   Caj Pindaan
2.1.   Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)
2.1.1.   Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannyakepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.   
2.1.2.   Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.
2.1.3.   Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej pelancongan FIT).
2.2.   Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
2.2.1.   Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.
2.2.2.   Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.
2.2.3.   Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.
 
     
3.   Caj Pembatalan Bagi Pembatalan Yang Dibuat Oleh Anggota Pelancongan
3.1.    Bagi Pakej Pelancongan FIT
3.1.1.   Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.
3.1.2.   Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut akan terpakai:
     
     
 Pembatalan Diterima   Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
 15- 29 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan  50% daripada deposit
 8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas   20% daripada tambang pelancongan
 3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas  40% daripada tambang pelancongan
 2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas  100% daripada tambang pelancongan
3.1.3   Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan mengenai promosi tambang istimewa  hendaklah terpakai sebagai tambahan  kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.1.2 I (Catatan: Tiket penerbangan adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluannya. Apa-apa pindaan kepada laluan atau perubahan tarikh perjalanan oleh mana-mana penumpang adalah semata-mata atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, apa-apa bayaran balik yang dibuat oleh mana-mana syarikat penerbangan untuk pembatalan yang dibuat 2 hari bekerja atau kurang sebelum hari perjalanan bagi tambang bukan promosi hendaklah dibayar kepada anggota pelancongan selepas ditolak apa-apa caj pentadbiran yang ditanggung oleh syarikat pelancongan).
3.2   Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
3.2.1   Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatal­kan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
3.2.2   Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

 

Pembatalan Diterima  Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan Perlucuthakan deposit
5-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 35% daripada tambang pelancongan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 50% daripada tambang pelancongan
3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas 75% daripada tambang pelancongan
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas  100% daripada tambang pelancongan

 

 3.1.3   Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung).

*perlucuthakan- kehilangan hak deposit
 

4.   Pembatalan Oleh Syarikat
4.1.    Pakej Pelancongan FIT
4.1.1.   Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.1.2.   Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuska untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.
4.2.   Pakej Pelancongan Berkumpulan
4.2.1.   Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.2.2.   Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.
4.2.3.    Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :  

 

Pembatalan Diterima  Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang
8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM50.00
1 -7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas  Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM75.00
Pada hari berlepas Bayaran balik penuh tambang pelancongan dan pampasan sebanyak RM 100.00 seorang

 

5.   Dokumen Perjalanan
5.1.    Tanggungjawab Anggota Pelancongan Anggota pelancongan mestilah mempunyai :
    (a)   Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal;
(b)   Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.
5.2.   Tanggungjawab Syarikat Syarikat mengaku janji untuk :
    (a)   Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan
(b)  Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.
5.3.    Fi dan Caj Yang Relevan
    Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.
5.4.   Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan
    Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.
5.5.   Penolakan Kemasukan
    Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
     
6.   Maklumat Lawatan dan Harga
  (1)   Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
  (2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:
    (a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa  cukai yang terpakai.
    (b) Penginapan hotel, berdasarkan:
         (i)   dasar berkongsi (dua orang sebilik) ;
         (ii)  tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian - orang itu hendaklah membayar  tambahan seorang); dan
         (iii)  berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama).
    Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.
    (c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
    (d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.
  (3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:
    (a)       Dobi
    (b)       Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;
    (c)       Rombongan pilihan;
    (d)       Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
    (e)       Semua perkara persendirian.
     

 

*berwaad- mengikat perjanjian
 

7.   Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan
    Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
     
8.   Bagasi
    Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi
     
9.   Kemungkinan Pertukaran 
    Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.
     
10.   Hak Untuk Menolak Penempahan
    Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.
     
11.   Tanggungjawab Syarikat
    Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.
     
12.   Insurans Perjalanan
    Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

 

KURSUS UMRAH MINGGUAN OKT 2017 (KUALA LUMPUR)

thumb

Assalamualaikum,

Untuk Makluman semua, Kursus Umrah bagi cawangan Kuala Lumpur adalah pada :

Hari Sabtu, 9, 16, 23, Oktober 2017

Masa 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Tempat di PEJABAT DELIVERTRAVEL & TOURS SDN. BHD 

Sebarang pindaan tarikh taklimat tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu kelak.

Harap Maklum 

Sekian, terima kasih

NOTIS PRIVASI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

privacy

NOTIS PRIVASI
 
DELIVER TRAVELS SDN BHD
 
NOTIS PRIVASI
Notis Privasi ini menyatakan bagaimana Deliver Travels sdn bhd akan mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP") dan undang-undang Malaysia.
 
 
1.Komitmen Kami Kepada Anda
Kami menghargai kepercayaan pelanggan-pelanggan kami dan komited untuk melindungi data peribadi anda dan memastikan bahawa data peribadi anda hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di sini.
 
2.Penentuan Data Peribadi
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. Ini termasuklah apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenal pasti atau menghubungi anda.
 
3.Apa Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan?
Sebagai pemegang lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 kami mengumpul data peribadi pelanggan seperti yang dikehendaki di bawah Sektor Pelancongan dan Hospitaliti. 
 
(a) Orang berlesen yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan, pengendali pelancongan berlesen, agen pelancongan berlesen, atau pemandu pelancong berlesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
 
(b) Orang yang menjalankan atau mengendalikan suatu premis penginapan pelancong berdaftar di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
 
 Kami akan mengumpul data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada:
 
•Maklumat peribadi anda, termasuklah nama anda, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, butiran kad pengenalan, butiran pasport , tujuan transaksi dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan transaksi perniagaan. Sekiranya diperlukan bagi memastikan pematuhan dengan undang-undang, kami akan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan butiran pekerjaan, maklumat akaun bank, gaji, sumber dana; dan/atau
 
•maklumat yang dirakam di dalam sistem keselamatan, termasuklah rakaman imej anda pada Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan rakaman suara anda semasa membuat panggilan kepada kami.
 
4. Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda?
  • Kami akan mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda atau wakil bertauliah anda apabila kami atau ejen-ejen syarikat pelancongan kami yang bertauliah menjalankan usaha yang sewajarnya ke atas pelanggan.
  • Menghubungi kami secara bersemuka atau melalui telefon untuk pertanyaan atau aduan; dan/atau rakaman imej anda pada CCTV kami.
  • Melalui tempahan secara online/offline dengan kami;
  • Melalui Borang Tempahan;
  • Melalui telefon, surat, fax, emel;
  • Bila pelanggan dengan sukarela melawat pejabat kami dengan sendiri;
  • Bila pelanggan menghubungi cawangan;
  • Bila kami menghubungi pelanggan;
  • Bila pelanggan melawat laman web, 
  • Bila pelanggan berinteraksi melalui media sosial.
 
5.Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda?
 
Kami akan menggunakan data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut: - 
  • Untuk tujuan pengecaman dan pengesahan identiti anda;
  • untuk membalas sebarang pertanyaan atau aduan yang mungkin anda ada mengenai perkhidmatan kami;
  • untuk disimpan bagi kegunaan transaksi anda di masa hadapan dengan kami;
  • Untuk pengesahan, memudahkan dan memproses Data Peribadi untuk  tempahan urusan pelancongan anda seperti tempahan hotel, pengangkutan, urusan darat, tiket masuk dan tiket penerbangan;
  • Untuk memproses sebarang bayaran melalui kad kredit;
  • Untuk memproses permohonan visa;
  • Untuk tujuan Insurans;
  • Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan anda dan/atau pelanggan  lain;
  • Untuk menjaga akaun dan rekod kami;
  • Untuk menguatkuasakan hak-hak dan kewajipan dalam kontrak dan perundangan;
  • Untuk mematuhi sebarang syarat-syarat perundangan atau peraturan;
  • Untuk tujuan pentadbiran;
  • Untuk tujuan akaun (pembilan dan audit);
  • Untuk imigrasi, kawalan kastam;
  • Untuk keselamatan, sekuriti, statistik dan analisis pemasaran, pengurusan sistem informasi, sistem percubaan;
  • Untuk penyelenggaraan dan pembangunan, operasi, sokongan, ‘survey’ pelanggan, khidmat pelanggan; dan 
  • Untuk meningkatkan dan membantu kami pada urusan dengan anda yang akan datang, yakni dengan menentukan keperluan dan pilihan anda.
  • Mahkamah.untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan.
 
6.Kepada Siapakah Kami Mendedahkan Data Peribadi Anda?
 
Kami mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:
  • Lain-lain pihak berkuasa yang berkaitan jika pendedahan tersebut diperlukan oleh mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan Deliver Travels Sdn Bhd yang mana perlu untuk memudahkan pelancongan anda; 
  • Kepada syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, pengusaha tanah, pengusaha hotel, ejen tempahan, pembekal pengangkutan, Syarikat Penerbangan, Syarikat Insurans, panduan pelancongan atau pihak ketiga yang lain untuk memudahkan urusan komersial anda;
  • Apabila diperlukan oleh undang-undang, proses pertanyaan undang-undang daripada pihak berkuasa dan / atau perkara yang berhubungan dengan kehidupan, kematian, keselamatan, kesihatan atau harta individu atau perbadanan, dan / atau mana-mana kewajipan berkanun atau perlembagaan yang berkaitan.
  • Bank kami untuk mendapatkan kebenaran bagi urus niaga dan untuk pembayaran
  • Lain-lain kontrak pemproses data/kuasa; 
  • Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen kami, pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat-penasihat profesional, dan pihak-pihak yang perlu untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan;
  • Bakal atau pemilik baru (jika ada) sebagai contoh, kami akan meminta mereka untuk mengamalkan notis yang serupa untuk melindungi data peribadi anda.
  • Tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Deliver Travels sdn bhd.
7.Bagaimanakah Kami Melindungi Data Peribadi Anda?
Kami mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda dilindungi daripada kerugian yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan, salah guna, pengubahsuaian, pendedahan atau kemusnahan. 
 
8.Bagaimanakah Anda Boleh Mengakses/Membetulkan/Mengemas Kini Data Peribadi Anda?
Jika anda ingin mempunyai akses kepada data peribadi anda dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi seperti yang terdapat dalam simpanan kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau di mana berkaitan, tidak dikemaskini, anda boleh memohon kepada kami secara bertulis. Permohonan anda perlu disertakan dengan maklumat-maklumat berikut:
 
_________________________________________________________________________________________________________
· Butiran peribadi anda:

√      Nama (seperti di Kad Pengenalan bagi rakyat Malaysia/Pasport bagi warga asing)

√      No. Kad Pengenalan/No. Pasport

√      Alamat penuh

√      No. Telefon Rumah & No. Telefon bimbit

√      E-mel

· Jenis permintaan:

√      Sesalinan data peribadi anda; dan/atau

√      Mengemas kini data peribadi (Sila nyatakan maklumat yang perlu dikemas kini)

Permohonan hendaklah disertakan bersama Akuan Pelanggan seperti berikut, yang ditandatangani dan bertarikh seperti berikut:

“ Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberikan di dalam permohonan ini adalah benar dan tepat”

……………………………………….

(Tandatangan pelanggan)

Tarikh:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila hantar permohonan anda ke:

Nama Syarikat: Deliver Travels & Tours Sdn Bhd

Alamat: Pusat Komersial Southgate, B-3A-15, 3A, Jalan Dua Off Jalan Chan Sow Lin, Wilayah Persekutuan, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia

No. Faks: 603 – 9221 3339

______________________________________________________________________________________________

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permohonan secara bertulis.
 
 
9. Berapa Lamakah Kami Boleh Menyimpan Data  Peribadi Anda?
Kami akan menyimpan segala maklumat mengenai transaksi anda bersama kami, termasuklah data peribadi sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun atau menjangkaui tempoh pengekalan yang ditetapkan untuk keadaan luar biasa contohnya sementara menunggu prosiding undang-undang atau penyiasatan yang belum lagi mencapai mutlak.  
 
10. Notifikasi Sebarang Pertukaran
Sila ambil perhatian bahawa Notis ini akan dipinda dari masa ke semasa mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai dan sebarang perubahan adalah sah terhadap anda. Versi terbaru Notis ini boleh didapati kepada semua pelanggan. Sila lawati laman web kami dari masa ke masa untuk Notis yang dikemaskini.
 
11. Persetujuan Anda
  • Anda dianggap mempunyai pengetahuan dan telah bersetuju terhadap Notis kami apabila kami menghantar/memaparkan/menarik perhatian anda/meletakkannya di laman web kami dan/atau mengiklankan Notis.
  • Secara umumnya, dengan menggunakan laman web/servis Deliver Travels, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat ini oleh Deliver Travels dalam cara yang dihuraikan di atas (yang mungkin berubah dari semasa ke semasa) melainkan dan sehingga anda memaklumkan kami sebaliknya.
  • Jika anda telah memberikan kami maklumat peribadi individu pihak ketiga dalam parti perjalanan anda, anda dikehendaki mendapatkan persetujuan individu dan anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami.
  • Dalam kebanyakan keadaan, ia adalah wajib bagi anda untuk memberikan kami maklumat peribadi anda untuk membolehkan kami memenuhi permintaan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan yang anda minta.
  • Walau bagaimanapun, jika berkenaan, kami akan menyediakan anda dengan peluang untuk memilih keluar atau berhenti melanggan daripada menerima pemasaran, komunikasi, tawaran promosi, surat berita atau apa-apa komunikasi lain dari Deliver Travels. 
TOP