Stafwebmail

 jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di info@delivertraverandtours.com

 

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Deliver Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 2hb April 2008 dengan modal berbayar sebanyak RM300,000.00.

Syarikat ini telah ditubuhkan berlandaskan pengalaman luas yang dimiliki oleh Pengarah Urusan atas dasar ingin menceburi diri sendiri didalam bidang penempahan tiket serta pengembaraan pelancongan.

Dalam masa satu tahun penubuhan, syarikat telah mendapat pengiktirafan dari Penerbangan Malaysia (MAS) dan menerima anugerah Emas dari segi jumlah jualan tiket penerbangan MAS bagi tahun 2009 & 2010.

Seterusnya tahun-tahun berikut syarikat telah menerima anugerah Berlian dari tahun 2011 hingga 2013 selain beberapa anugerah penghargaan dari jabatan-jabatan kerajaan.

Deliver Travel & Tours Sdn Bhd kini adalah diiktiraf memenuhi piawaian professional yang ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA).

Syarikat juga  telah di beri kepercayaan dalam mengurus urusan pengangkutan serta penginapan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta dimana penglibatan dalam program jemputan luar Negara seperti  di Timur Tengah, Asia Tengah dan Amerika Syarikat.

Dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak atasan kerajaan, maka kami kini mengorak langkah dengan memperkenalkan pakej-pakej pelancongan pilihan yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat. Syarikat ini juga bersedia untuk menyertai program-program promosi oleh Pelancongan Malaysia ke luar Negara seperti misi jualan / galakan pelancongan ke Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan sebagainya.

Wawasan syarikat adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dengan penekanan kepada kecekapan, keberkesanan dan pengetahuan warga kerja. Deliver Travel & Tours Sdn Bhd dianggotai oleh pasukan warga kerja yang dinamik, dedikasi dan berpengalaman bagi melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan demi kebaikan pelanggan. Hasilnya, rangkaian pelanggan kami merangkumi pelanggan individu, sektor kerajaan hingga ke sector swasta dari dalam dan luar Negara.

TERCARI-CARI PAKEJ UMRAH YANG BUDGET & BERBALOI?

"Kami amat mengutamakan keselesaan para Jemaah, kami sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda...  InsyaAllah"

TOP