6 MANFAAT DAN KHASIAT BUAH KURMA

Kurma
Kurma bukan sahaja enak tetapi mempunyai khasiat termasuk mengelakkan sembelit.

Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Berikut adalah enam manfaat kurma yang dibuktikan secara sainstifik.

1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan

Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.

2. Mengawal gula dalam darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3. Kaya antioksidan

Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Menjaga kesihatan tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

6. Mengatasi masalah seksual

Kurma juga baik untuk kesihatan seksual – kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.

Tahukah Anda?

Makanan sunnah ini mungkin bukanlah suatu perkara yang jarang bagi anda kerana ia sering dimakan sewaktu bulan Ramadan. Tahukah anda, sebenarnya kurma merupakan sumber terbaik bagi vitamin dan mineral. Kurma sangat berkhasiat sehingga Rasulullah SAW pernah menanam pokok kurma di rumah Baginda.

Kurma adalah rendah lemak dan kaya dengan serat, vitamin A, kalium, kalsium dan banyak lagi nutrient penting yang lain. Selain itu, ia juga bebas kolesterol! Umat Islam digalakkan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil, seperti yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW bersama para sahabatNya.

 

Pengedar Kurma Berkualiti Tinggi

Deliver Travel & Tours Sdn Bhd kini telah membuka peluang baru untuk mereka yang ingin mendapatkan bekalan buah kurma seperti kurma Ajwa, Medjool, Safawi dan Mariami yang berkualiti premium dan memberi peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan bersama platform D’Kurma dibawah pengurusan Deliver Travel & Tours Sdn Bhd. 

 

Harga Dijamin Berpatutan! 

Untuk melihat harga kurma, anda boleh klik button “Saya Nak Order Kurma” dibawah untuk ke halaman baru dan seterusnya membuat tempahan kurma anda dengan kami. 

 



Saya Nak Order Kurma