PENGINAPAN BERDEKATAN

SAUDI AIRLINES & MALAYSIA AIRLINES

ZIARAH MAKKAH & ZIARAH MADINAH

BAG UMRAH

AIR ZAM-ZAM

PENGANGKUTAN BAS

PAKEJ FULLBOARD

BUKU UMRAH

KURSUS UMRAH

MUTAWWIF BERDIKASI

AIR ZAM-ZAM

MUTAWWIF BERDIKASI

Pengumuman mengenai Caj Insurans di Arab Saudi

Syarat-syarat Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pemprosesan Visa Umrah:

Pengumuman Mengenai Caj Insurans di Arab Saudi Sejumlah SR189 Bagi Visa Umrah Untuk
Jemaah Mulai 1 Januari 2020
Adalah dimaklumkan bahawa melalui pengumuman terkini dari Kementerian Haji & Umrah (MOHU) Arab Saudi telah mengenakan;

  1. Bayaran tambahan insurans, SR189 (anggaran rm220 mengikut kadar pertukaran wang asing
    semasa) wajib dikenakan kepada semua jemaah umrah berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.
  2. Bayaran ini akan dibayar kepada MOHU semasa permohonan visa umrah dikeluarkan. Bagi
    pakej umrah 1441H yang telah terjual, bayaran tambahan SR189 hendaklah dibuat segera.
    Kelewatan bayaran tersebut boleh menggagalkan proses untuk mendapat visa umrah.
  3. Semua harga pakej yang diiklankan bagi musim umrah 1441H adalah berubah kerana perlu
    ditambah lagi dengan SR300 (caj tambahan visa yang diumumkan sebelum ini) dan terbaru
    SR189 (caj tambahan insurans) bagi setiap jemaah. Sila klik dibawah untuk contoh kiraan
    ‘medical insurance muktamer’ :

http://matta.org.my/downloads/32183-pengumuman-mengenai-caj-insurans-di-arab-saudi-sejumlah-sr189-contoh-kiraanUntuk maklumat lanjut mengenai kebaikan insurans umrah yang dikenakan kepada jemaah
seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Haji & Umrah (MOHU) Arab Saudi, sila klik dibawah:http://matta.org.my/downloads/32183-pengumuman-mengenai-caj-insurans-di-arab-saudi-sejumlah-sr189-contoh-kiraan

DOKUMEN PERMOHONAN VISA UMRAH

Syarat-syarat Dan Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pemprosesan Visa Umrah:

Untuk jemaah yang pertama kali pergi umrah mungkin tertanya-tanya apakah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh mereka untuk proses pengeluaran visa umrah supaya ianya tidak tergendala. Disediakan disini keperluan-keperluan tersebut untuk rujukan. Sila bertanya kepada pihak kami jika tidak berapa jelas tentang syarat-syarat tersebut. DOKUMEN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN VISA UMRAH

  1. Passport antarabangsa, masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 helaian muka surat
  2. Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135
  3. 4 Keping Gambar berukuran 6x4cm, dan latar belakang bewarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki & bertudung gelap bagi wanita
  4. Pengesahan Mahram seperti berikut

Bagi muallaf wanita (bujang) yang pergi bersama adik beradik lelaki kandung

  1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
  2. Salinan sijil lahir kedua-duanya. (COP JPN & WISMA PUTRA)
  3. ‘Letter of Consent’ dari bapa kandung ATAU adik beradik lelaki kandung (jika bapa kandung sudah meninggal dunia) (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
  4. Salinan kad pengenalan mualaf wanita, bapa kandung, dan adik beradik lelaki kandung (COP JPN)Jika bapa kandung meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

Bagi muallaf lelaki

  1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (COP PEJABAT AGAMA BHG. DAKWAH / DAFTAR SAUDARA BARU & WISMA PUTRA)
  2. Salinan kad pengenalan

Warganegara Asing

  1. Pemastautin Tetap (Permenent Residence) – Kad Pengenalan Asal dan Salinan Kad Pengenalan
  2. Visa Pekerja (Employment Pass) -surat pengesahan majikan yang telah disahkan oleh Notary Awam (Public Notary) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  3. Visa Pelajar (Student Visa) – surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah yang disahkan oleh Notary Awam (Public Notary) & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  4. Visa Keluarga (sosial Visa) -salinan sijil nikah /sijil lahir  yang disahkan oleh Kedutaan Negara Tersebut & Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)
  5. Bagi pembantu rumah(Maid) – majikan perlu ikut serta.Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas

Nota:

  1. Semua dokumen perlu diserah kepada Deliver Travel & Tours Sdn. Bhd. selewat-lewatnya 40 hari dari tarikh penerbangan
  2. Sekiranya jemaah gagal berbuat demikian, pihak Deliver Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab dalam kelewatan pemprosesan visa umrah

LANGKAH PEMBAYARAN

PEMBAYARAN PAKEJ:

  1. Wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM500.00 seorang perlu dibuat semasa pendaftaran dan tidak dikembalikan apabila pakej  telah disahkan. Kecuali di atas kes-kes tertentu seperti kematian atau tidak dibenar melakukan perjalanan oleh doktor (dokumen haruslah disertakan), maka caj sebanyak 40% dari wang pendahaluan akan dikenakan dan selebihnya dipulangkan kepada jemaah.
  2. Bayaran Kedua sebanyak RM3000.00 perlu dijelaskan 60 hari sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.
  3. Baki bayaran harus dijelaskan  40 hari sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.
  4. Kegagalan membuat bayaran mengikut syarat yang ditetapkan, maka tempahan akan dibatalkan tanpa  notis.
  5. Semua bayaran pakej hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Deliver Travel & Tours Sdn Bhd bernombor 5644 0961 6249 (MAYBANK) dan berikan salinan slip bank sebagai bukti bayaran atau boleh  membuat bayaran tunai ke pejabat Deliver Travel and Tours Sdn. Bhd.

PEMBATALAN /SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ:

Permohonan pembatalan tertakluk kepada PERKARA 3.2.1 dan PERKARA 3.2.2 Jadual  Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. (sila rujuk lampiran)

PERKARA 3.2.1:

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, caj pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

PERKARA 3.2.2:

  1. 22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Perlucutan deposit pelancongan
  2. 15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: 35% daripada tambang pelancongan 
  3. 08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: 50% daripada tambang pelancongan
  4. 03 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: 75% daripada tambang pelancongan
  5. 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas: 100% daripada tambangan pelancongan

CAJ TAMBAHAN JIKA:

  1. Bayaran visa penuh, sekiranya visa telah dibuat sewaktu pembatalan.
  2. Bayaran penuh tambang pelancongan atau surcaj pembatalan sekiranya tiket penerbangan telah dicetak sewaktu pembatalan.

SURCAJ TAMBAHAN RM200:

Sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan asal semasa pembatalan.

GALERI UMRAH