DEFINASI IBADAH UMRAH DAN PERLAKSANAAN

  • Definasi Umrah menurut lughah atau bahasa adalah ziarah atau berkunjung.
  • Definasi Umrah mengikut syarak adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu dan syarat tertentu.

DALIL UMRAH

“Dan Sempurnakanlah Haji Dan Umrah Kerana Allah” – Surah Al-Baqarah Ayat 196

SABDA NABI SAW:

  • “Kelebihan Solat Didalam Masjdil Haram Bersamaan Dengan 100,000 Solat (Ditempat Lain) , Dan Solat Didalam Masjidku Ini (Masjid Madinah) Bersamaan 1,000 Solat. Dan Solat Di Masjid Al-Aqsa Bersamaan 500 Solat” – Riwayat Tabrani
  • “Di Antara Satu Umrah Kepada Satu Umrah Yang Lain Adalah Penghapus Dosa Antara Keduanya Dan Tidak Ada Balasan Bagi Haji Yang Mabrur (Diterima) Melainkan Syurga” – Riwayat Bukhari dan Muslim
  • “Orang Yang Mengerjakan Haji Dan Umrah Adalah Tetamu Agong Kepada Allah SWT, Sekiranya Mereka Memohon Doa Kepada-Nya Nescaya Allah SWT Perkenankan Doa Mereka, Sekiranya Mereka Memohon Keampunan-Nya Nescaya Allah SWT Ampunkan Mereka” – Riwayat Bukhari dan Muslim

SABDA NABI SAW:

  1. Niat Ihram Umrah.
  2. Melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh ( 7 ) pusingan dengan yakin.
  3. Melakukan Sa’ie tujuh ( 7 ) pusingan bermula di Bukit Sofa dan berakhir di Marwah dengan yakin.
  4. Tahlul Becukur atau Bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut dan bagi lelaki di sunatkan mencukur rambut dikepala.
  5. Tertib mengikut susunan dikira sah apabila Umrah dilakukan mengikut susunan yang telah ditetapkan dari Niat Ihram sehingga Bercukur.

WAJIB UMRAH:

  1. Niat Ihram di Miqat Bagi Jemaah dari Malaysia samada di Masjid Zolkhulaifah ( Bir Ali ) atau Qarnul Manazil bagi yang terus ke Makkah
  2. Meninggalkan Pantang Larangan Dalam Ihram
    • Pakaian
      • Memakai pakaian bersarung / berjahit atau bercantum bagi lelaki
      • Menutup kepala atau sebahagian darinya untuk lelaki
      • Menutup muka bagi wanita
      • Memakai sarung tangan bagi lelaki dan wanita.
    • Berwangi-wangian
      • Memakai bau-bauan atau menghidunya bagi lelaki dan wanita
      • Memakai minyak wangi di kepala, janggut dan bulu muka bagi lelaki dan wanita.
    • Kecantikan
      • Menanggalkan atau mencabut rambut atau bulu bagi lelaki dan wanita.
      • Mengerat atau memotong kuku dan rambut bagi lelaki dan wanita.
    • Alam Sekitar
      • Memotong,Menebang,Mengerat atau mencabut pokok diTanah Haram bagi lelaki dan wanita
      • Memburu binatang yang halal dimakan bagi lelaki dan wanita
    • Hubungan Kelamin
      • Berkahwin atau Mengahwinkan atau Menerima wakil kahwin bagi lelaki dan wanita.
      • Pendahuluan persetubuhan bagi lelaki dan wanita
      • Melakukan persetubuhan bagi lelaki dan wanita.