Deliver Travel & Tours Sdn Bhd telah ditubuhkan pada April 2008 berdasarkan minat sendiri oleh Pengarah Urusan yang berpengalaman luas dalam bidang penempahan tiket serta pengembaraan pelancongan. Dalam masa setahun penubuhan, kami telah mendapat pengiktirafan oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dan menerima anugerah Emas dari segi jumlah jualan tiket penerbangan MAS bagi tahun 2009 & 2010. Kami juga telah diiktiraf dan memenuhi piawaian professional yang ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA). Kami menawarkan:

Tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa

Pengurusan visa luar negara dan pengurusan umrah

Pakej khas muslim yang juga bersesuaian untuk penganut agama lain

Menekankan penyediaan makanan yang diyakini halal, bersih dan berkualiti

Serta penjagaan waktu solat dan urusan jamak berjalan semasa kembara bersama kami

Deliver Travel juga telah diberi kepercayaan dalam mengurus urusan pengangkutan serta penginapan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti lawatan teknikal, dan kembara insentif. Wawasan kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan penekanan kepada kecekapan, keberkesanan dan pengetahuan warga kerja. Kami kini berkembang sebagai satu kumpulan yang menekankan sifat kekeluargaan dan kekitaan dalam memupuk semangat juang dan keberhasilan sebagai 1 kumpulan yang dinamik. Sebagai Syarikat Pelancongan Milik Bumiputera, kepuasan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami.


Download Company Profile

SOME OF THE COMPANIES THAT EXPERIENCED OUR TOURS